Monday, December 29, 2008

RESEPI PUDING GULA PERANG


RESEPI PUDING GULA PERANG ATAU HANGUS

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir sedikit air (jika perlu)


PUDING :

1 tin susu cair ( Fresh Milk U.H.T)
½ cawan gula pasir
4 biji telur
2 sudu besar tepung kastad

sedikit esen vanilla

HIASAN : 1 tin koktel Buah-buahan ( Fruits Cocktail)

CARA CARA MEMBUATNYA:
Untuk membuat gula hangus, gula dimasak dengan sedikit air hingga keperangan. Tuang kedalam bekas. Sementara itu sediakan pengukus. Pukul telur dengan gula hingga kembang dan masukan susu cair, tepung kastad dan esen vanilla. Pukul lagi dan tuangkan kedalam bekas gula hangus dan kukus. kukus selama 30 minit.

Resepi 30 Dec 2008

PAU KUKUS
Pau atau roti kukus merupakan makanan sarapan pagi oleh masyarakat cina. Ianya amat sesuai di makan kepada golongan yang mementingkan penjagaan kesihatan. Adunan dari tepung berprotin tinggi atau berserat tinggi, kaya dengan kabohidrat dan di masa yang sama kurang lemak. Kerap di makan dapat menstabilkan berat badan.

Bahan-bahan:
1000 g tepung gandum ( Tepung Pau/ Dim Sum )
11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan
200 g (1 cawan) gula
100 g (½ cawan) minyak jagung
460 g (2 ½ cawan) air

Cara-cara Membuatnya:
Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaulkan semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut dengan tangan selama 10 hingga 15 minit atau sehingga adunan menjadi licin dan kenyal. Timbangkan adunan tersebut 60 gm (2 oz) setiap satu, buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 10 minit. Canai adunan dan isikan inti di bahagian tengah adunan. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi menurut bentuk yang disukai. Letakkan setiap adunan tadi diatas sekeping kertas kalis gris empat segi. Biarkan adunan pau selama kira-kira 35 minit. Letakkan semua kepingan adunan tadi di dalam pengukus dan kukuslah selama 10 minit pada suhu yang tinggi.


Sunday, December 28, 2008


Dalam aku mencari haluan untuk menyakinkan bahawa profesion aku itu adalah betul dengan apa yang aku lakukan....aku selalu bertanya pada kawan-kawan, ketua-ketua aku...apa kah kerjaya "Tukang Masak" itu boleh menyenangkan hidup ku kelak...hidup seperti orang lain yang berkemampuan untuk memiliki kereta, rumah dan sebagai nya...

Hari ini, 28 Dec merupakan Hari Kelahiran ku di atas Bumi Allah s.w.t.....
Hari ini juga adalah tahun yang ke 15 , aku berkecimpung dalam profesion memberi kelazatan kepada manusia dalam menjamah makanan...dengan berkat kesihatan yang baik di kurniakan oleh Nya..dapat lah aku menaburkan bakti dalam meneruskan misi hidup dengan cara berusaha menyihatkan manusia yang menjamah makanan ku agar mereka dapat pula membuat bakti dan amal kepada keluarga, bangsa dan agama.

Aku Seorang Chef


Bila pertama kali aku memakai pakaian tukang masak, aku bertanya pada diri ku sendiri...kenapa kah aku harus menjadi Tukang Masak???
Apa kah aku pandai memasak??? sedangkan aku seorang yang pemilih bila memakan sesuatu makanan.